Friday, November 07, 2008

Selamat Datang Ke BoerFarm

Alhamdulilah akhirnya terbina juga kandang ternakkan kambing yang kami rancang setelah hampir setahun kerana kekurangan modal. Buat pengetahuan semua kami cuma berdua dalam menjayakan projek secara keseluruhan dengan sokongan dan dorongan ahli keluarga serta sahabat handai.


Projek ini diusahakan oleh kami berdua hinggalah terbinanya Jempol Farm yang bakal memuatkan sekurang-kurangnya 200 ekor pada Mac tahun 2010. Pada peringkat awal semua baka asal telah kami pawahkan kepada sahabat kami yang telah pun berjaya dan merupakan antara penternak yang berjaya . Beliau merupakan penasihat rasmi kepada penubuhan kandang BoerFarm ini.

Berbekalkan modal dan pengalaman yang ada, kami berhasrat ingin mengusahakan Ladang Ternakan Kambing yang pertama setelah 2 tahun memawah baka di tempat rakan sekitar Negeri Selangor. Konsep utama penubuhan Ladang Ternakan Kambing ini adalah menggunakan Sistem Inkubator (Pawah) dalam usaha menarik minat ramai pengusaha serta usahawan menjalankan projek ternakan kambing.


Meskipun pulangan dalam bidang pertanian mahupun penternakan memakan masa yang agak panjang, tetapi sekiranya kita pandai menggunakan masa dan ruang yang ada, sudah pasti membuahkan hasil yang lumayan. Ramai sahabat-sahabat kita telahpun berjaya bukan sahaja membuka ruang baru dalam menambah pendapatan malahan ramai juga dikalangan mereka menjadi jutawan.

Ladang Boer Farm


Ladang Ternakan Kambing ini telah dilengkapi peralatan asas kandang yang mampu mengekalkan persekitaran bersih dan bakal menghasilkan baka yang bermutu setiap tahun. Ini juga bagi menjamin baka-baka yang terhasil mengikut spesifikasi pasaran dan kehendak pelanggan.

Dengan hasrat untuk menambah sejumlah besar lagi ternakan Kambing, pihak kami telah sebulat suara menggunakan Sistem Inkubator ( Pawah) yang diharapkan bakal memberi laluan kepada para pengusaha baru mempelajari serta membuat persediaan awal bagi yang berminat mengusahakan ladang ternakan mereka nanti.


Dengan sedikit pelaburan, setiap pengusaha inkubator (pawah) bakal menerima Manual secara percuma serta latihan praktikal terus di Ladang Jempol, Bahau. Peluang keemasan ini diharapkan bakal menjadi platform kepada para pengusaha Ternakan Kambing nanti.




InsyaAllah,
Boerfarm, Bahau Negeri Sembilan