-: WELCOME TO BOER FARM :-

HARI KAMBING SEMALAYA II

Atas permintaan ramai kami menganjurkan sekali lagi HARI KAMBING SEMALAYA bagi memupuk semangat penternak kambing di seluruh Malaysia.Kali ini majlis akan diadakan secara lebih formal dan padat dengan aktiviti

Tarikh: 30hb May 2008
Masa : 1-7 pm
Tempat: Lot 3761, Jalan Bangau, Pinggiran Kg Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor
Untuk paparan peta sila KLIK

ATUCARA MAJLIS YANG DIRANCANG SEHINGGA KINI:
  • 1.30-2.00ptg: Kehadiran & Memanggang BBQ Boer
  • 2.00-2.30ptg: Doa & Intro Kambing Malaya Network
  • 2.30-3.30ptg: Dialog "Tuisyen Realiti Dunia Perkambingan"
  • 3.30-4.00ptg: Makan & Acara Bebas
  • 4.00-4.30ptg: Penerangan Peminjaman Di Agro Bank
  • 4.30-5.30ptg: Klinik Kambing (hands-on)
  • 5.30-7.00ptg: Lelongn Kambing Boer & Saanen
  • 7.00ptg: Bersurai



* Makanan & minuman adalah percuma *





Wednesday, May 27, 2009

Sepetang Santap Kambing Se-Malaya II

BoerFarm ahli gabungan Kambing Malaya Network sekali lagi menjemput orang ramai bagi memeriahkan Hari Kambing Semalaya II atau lebih dikenali sebagai Sepetang Santap Kambing Se-MAlaya II.

Objektifnya hanya untuk (1) mempertemukan semua peminat kambing, (2) berkongsi maklumat tentang dunia perkambingan, (3) memeriahkan dunia perkambingan & (4) merasai keenakkan daging kambing boer (PERCUMA!!).

Majlis ini akan dirasmikan oleh ADUN Sijangkang, YB Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi

..........................................................................................................
Tarikh : 30 May 2009
Hari : Sabtu
Bertempat : Ladang Ternakan Kambing Al-Falah Agroventures
...........................................................................................................

ATUCARA MAJLIS YANG DIRANCANG SEHINGGA KINI:

  • 1.30-2.00ptg: Kehadiran & Memanggang BBQ Boer
  • 2.00-2.05ptg: Majlis bermula dengan bacaan doa.
  • 2.05-2.20ptg: Ucapan dan perasmian oleh YB ADUN Sijangkang
  • 2.20-2.30ptg: Doa & Intro Kambing Malaya Network
  • 2.30-3.30ptg: Dialog "Tuisyen Realiti Dunia Perkambingan"
  • 3.30-4.00ptg: Makan & Acara Bebas
  • 4.00-4.30ptg: Penerangan Peminjaman Di Agro Bank
  • 4.30-5.30ptg: Klinik Kambing (hands-on)
  • 5.30-7.00ptg: Lelongan Kambing Boer & Saanen
  • 7.00ptg: Bersurai
*Makan & minum disediakan sepanjang program. Saudara saudari dialu-alukan, makan & minum sepuas-puasnya.

Peta Lokasi:



Untuk paparan peta yang lebih jelas sila KLIK


Thursday, April 30, 2009

Mitos Daging & Kebaikan Susu Kambing



Pelbagai mitos mengenai daging kambing didengari antaranya darah tinggi, panas & pening kepala memakannya menjadikan ia sesuatu fobia dikalangan masyarakt terutama sekali golongan emas.Namun pakar2 kesihatan menyifatkan daging kambing adalah yang paling terbaik dan mempunyai tahap kolestros yg rendah berbanding daging putih.

Diatas kesedaran tersebut Boerfarm bersama2 kumpulan utama kami Kambing Malaya Network menganjurkan Hari Kambing Semalaya utk menyalurkan maklumat mengenai khasiat daging kambing.Disamping itu org ramai akan didedahkan dengan penternakan dan segala macam aktiviti yg dijalankan oleh group kami.Hidangan barbeque dan sup akan dijadikan menu utama yang akan dilancarkan d DGarden Cafe & Restaurant.

Segala kemusykilan atau pertanyaan boleh hubungi Badrul 012-2596737 atau Iskandar 0133536740 email:- jempolfarm@yahoo.com

Thursday, April 02, 2009

Kelahiran baby baru

Alhamdulillah,baby kedua berjaya dilahirkan pada 8/3/2009.Baby betina sebiji macam ibunya.Dan pada 27hb Mac yang lalu 6 ekor kambing yang bunting selamat melahirkan baby baru.Baby dilahirkan selang sehari (sekor@2ekor sehari) sehinggalah yang terakhir Isnin lepas.


Baby kedua

6 ekor baby x semuanya kacuk ngan jantan boer.Ada setengah yang kami kacuk dengan jantan kampung.Hasilnya 4 ekor jantan dilahirkan iras2 macam bapa dia.2 ekor lagi betina boer.Semua baby nie adalah kepunyaan pemawah setia kami.Alhamdulillah berkat kesabaran lahir juga baby yang dinantikan.Pemawah akan diberitahu melalui email tentang kelahiran ini.Kepada pemawah lain Insya-Allah kami akan updatekan status kambing anda melalui e-mail.Buat masa kami sedang usahakan membawa masuk pejantan lain seperti Jamnapari atau kampung sekali lagi bagi memastikan pemawah menerima hasil dengan cepat.





Kepada anda semua masih ada lagi 5-6 ekor kambing boer yang free dan sudah sedia untuk mengawan.Jika berminat boleh hubungi kami Badrul 012-2596737 atau Iskandar 0133536740.Email: adeckbad80@yahoo.co.uk or jempolfarm@yahoo.com

Friday, November 07, 2008

Selamat Datang Ke BoerFarm

Alhamdulilah akhirnya terbina juga kandang ternakkan kambing yang kami rancang setelah hampir setahun kerana kekurangan modal. Buat pengetahuan semua kami cuma berdua dalam menjayakan projek secara keseluruhan dengan sokongan dan dorongan ahli keluarga serta sahabat handai.


Projek ini diusahakan oleh kami berdua hinggalah terbinanya Jempol Farm yang bakal memuatkan sekurang-kurangnya 200 ekor pada Mac tahun 2010. Pada peringkat awal semua baka asal telah kami pawahkan kepada sahabat kami yang telah pun berjaya dan merupakan antara penternak yang berjaya . Beliau merupakan penasihat rasmi kepada penubuhan kandang BoerFarm ini.

Berbekalkan modal dan pengalaman yang ada, kami berhasrat ingin mengusahakan Ladang Ternakan Kambing yang pertama setelah 2 tahun memawah baka di tempat rakan sekitar Negeri Selangor. Konsep utama penubuhan Ladang Ternakan Kambing ini adalah menggunakan Sistem Inkubator (Pawah) dalam usaha menarik minat ramai pengusaha serta usahawan menjalankan projek ternakan kambing.


Meskipun pulangan dalam bidang pertanian mahupun penternakan memakan masa yang agak panjang, tetapi sekiranya kita pandai menggunakan masa dan ruang yang ada, sudah pasti membuahkan hasil yang lumayan. Ramai sahabat-sahabat kita telahpun berjaya bukan sahaja membuka ruang baru dalam menambah pendapatan malahan ramai juga dikalangan mereka menjadi jutawan.

Ladang Boer Farm


Ladang Ternakan Kambing ini telah dilengkapi peralatan asas kandang yang mampu mengekalkan persekitaran bersih dan bakal menghasilkan baka yang bermutu setiap tahun. Ini juga bagi menjamin baka-baka yang terhasil mengikut spesifikasi pasaran dan kehendak pelanggan.

Dengan hasrat untuk menambah sejumlah besar lagi ternakan Kambing, pihak kami telah sebulat suara menggunakan Sistem Inkubator ( Pawah) yang diharapkan bakal memberi laluan kepada para pengusaha baru mempelajari serta membuat persediaan awal bagi yang berminat mengusahakan ladang ternakan mereka nanti.


Dengan sedikit pelaburan, setiap pengusaha inkubator (pawah) bakal menerima Manual secara percuma serta latihan praktikal terus di Ladang Jempol, Bahau. Peluang keemasan ini diharapkan bakal menjadi platform kepada para pengusaha Ternakan Kambing nanti.




InsyaAllah,
Boerfarm, Bahau Negeri Sembilan